Sunday, January 6, 2013

Gadget Popular Sepanjang 2012




Nokia Lumia 900 
Dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Menerusi model telefon pintar Lumia 900, kemunculan telefon mudah alih terkini Nokia Inc di pasaran mampu menyaingi produk Apple iPhone dan Samsung Galaxy. Lumia 900, yang beroperasi menerusi sistem Windows Phone 7.5 diperkenalkan pada paparan 4.3 inci dengan disokong ciri teknologi skrin sesentuh AMOLED 800 x 480 skrin.



iPhone 5
Model telefon pintar paling nipis dan ringan pernah dihasilkan ini direka bentuk semula sepenuhnya untuk menampilkan paparan Retina sepanjang empat inci. Ia dilengkapkan dengan cip A6 Apple untuk prestasi lebih pantas dengan jangka hayat bateri di pertingkatkan. Peralatan itu dilengkapi iOS6, sistem operasi mudah alih tercanggih dengan 200 ciri-ciri baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.






Samsung Galaxy SII
Samsung menjadi pembuat telefon pintar utama dunia tahunan selepas merekodkan jualan kukuh melalui barisan Galaxy dan edisi Galaxy S II telah diperkenalkan akhir April lalu. Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan berjaya menjual lebih 40 juta unit telefon pintar Galaxy sejak model itu diperkenalkan pada Jun 2010.






Galaxy Note II 
Galaxy Note II yang dikuasakan dengan perisian Android Google, dilengkapi dengan prosesor empat teras 1.6 GHz yang berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak yang lebih pantas berbanding prosesor sebelum ini. Berukuran 15.1 sentimeter x 8 sentimeter x 9.4 milimeter dan menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak. Gajet ini adalah lebih besar daripada telefon pintar siri Galaxy S yang didatangkan dengan ‘pen S’ bagi menulis nota atau melukis pada skrin.


Kindle Fire
Kindle Fire adalah kemasukan terbaru siri tablet yang memberikan pengalaman yang menarik dari spektrum tablet Amazon. Sejak dilancarkan, Amazon telah membawa pasaran Kindle Fire HD, melalui paparan-resolusi tinggi, tambahan audio, pelbagai saiz model dan aplikasi menarik.


Nexus 7
Tablet Nexus 7 tablet, tablet Android berkuasa yang ditawarkan oleh Google, adalah salah satu penambahan tablet dalam pasaran. Ia diterima agak baik diterima terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Setakat ini ramai yang menantikan kehadiran Nexus 7 kerana ia dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat luar biasa.




Samsung Galaxy S3
Telefon pintar yang didatangkan dengan paparan skrin 4.8 inci super AMOLED ini dibekal dengan kekuatan dari mobile processor yang dikembangkan sendiri Samsung, quad-core Exynos 1,4GHz.

Bukan hanya dari sisi prosesor saja, rekaan telefon pintar terbaru Samsung ini pun patut dipuji kerana rekaannya sangat menepati kehendak pengguna. Mempunyai ketebalan 8.6 milimeter dan berat sekitar 133 gram, Samsung Galaxy S3 hadir dengan warna warna putih dan biru. Pilihan untuk golongan bekerja kerana ia mempunyai akses yang lengkap untuk semua.


iPad mini
Sejak diperkenalkan, rangkaian keluarga iPad muncul dalam saiz paparan 9.7 inci saja dan menyedari keperluan pengguna ketika ini yang mementingkan keselesaan dengan mudah, iPad Mini didatangkan dengan saiz lebih kompak 7.9 inci. Menariknya, ia dijual dengan harga yang murah berbanding dengan iPad lain. Tidak mustahil jika ia terus menjadi pilihan kerana harga dan saiznya yang kompak.


iPad 3
Walaupun kemunculan iPad 4 sudah diumumkan, dan dilancarkan pada November lalu, iPad 3 masih mendapat permintaan tinggi sebagai paling dicari untuk alat berteknologi di seluruh dunia pada tahun 2012, menurut Google. Ini bukanlah lagi kejutan, kerana ia adalah tablet pertama membawa paparan kualiti visual Retina untuk tablet. Tidak mustahil jika ia menjadi pilihan semua sebagai gajet paling dicari dan popular 2012.

Sumber: Berita Harian


Karma? Apple didenda 1 juta yuan







  Shanghai: Sebuah mahkamah China mendenda Apple Inc sebanyak 1 juta yuan (RM490,000) kerana menggunakan aplikasi pihak ketiga di App Store yang menjual buku elektronik cetak rompak, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Apple dikehendaki membayar pampasan kepada lapan penulis di China dan dua syarikat kerana melanggar hak cipta mereka, demikian putus mahkamah itu, kedua tertinggi di Beijing Khamis lalu. Awal tahun ini, sekumpulan pengarang China memfailkan saman terhadap Apple, mendakwa sejumlah aplikasi di App Store yang tidak dikenal pasti jumlahnya menjual salinan tidak berlesen buku-buku mereka.

  Sekumpulan lapan penulis berkenaan telah menuntut 10 juta yuan sebagai ganti rugi. “Kami kecewa dengan penghakiman itu. Sesetengah hasil karya terlaris penulis kami hanya mendapat bayaran 7,000 yuan. Penghakiman itu adalah isyarat yang menggalakkan lagi cetak rompak," kata Bei Zhicheng yang menjadi jurucakap bagi kumpulan itu. Sementara itu, Apple dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian ‘sangat serius’ berhubung aduan pelanggaran hak cipta.

 “Kami sentiasa mengemaskini perkhidmatan untuk membantu pemilik kandungan melindungi hak mereka dengan lebih baik," kata jurucakap Apple, Carolyn Wu. China mempunyai pasaran internet mudah alih terbesar dunia dari segi bilangan pengguna, tetapi cetak rompak menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun kepada syarikat perisian. Apple, yang produknya menikmati populariti yang besar di China, berdepan rentetan tindakan undang-undang yang ‘memeningkan kepala’ tahun ini. Julai lalu, Apple membayar 60 juta yuan kepada firma Cina, Proview Technology untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang lama berlarutan berhubung cap dagangan iPad di China. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Angry Birds, Instagram, Facebook aplikasi 2012




  Toronto: Angry Birds, Instagram dan Facebook kekal menjadi aplikasi yang mencatatkan jumlah muat turun paling tinggi pada 2012. Namun begitu, beberapa aplikasi baru lain turut menarik perhatian pengguna telefon pintar dan komputer tablet. Tahun lalu, secara purata setiap pengguna menghabiskan dua jam sehari menggunakan aplikasi mudah alih, yang mana ia naik 35 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut firma penganalisis, Flurry.

“2012 adalah titik transformasi mengenai kaedah penggunaan memanfaatkan perisian,” kata Craig Palli, Naib Presiden Fiksu, syarikat pemasaran mudah alih. Beliau berkata, perubahan terbesar adalah kecenderungan pengguna beralih kepada aplikasi bagi pelbagai tugasan harian. Kategori seperti rangkaian sosial, media dan hiburan, penggubahan gambar, dan permainan, terus menarik minat pengguna, dengan Youtube dan Angry Birds menjadi aplikasi tiga paling utama, masing -masing bagi kategori percuma dan berbayar dalam App Store Apple. Sementara itu, beberapa aplikasi dilancarkan tahun ini, menyertai kedudukan aplikasi yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun itu.

Artikel Penuh: Berita Harian


Senarai Lagu Final Anugerah Juara Lagu 27





1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )

korg vote lagu mane??



Saturday, January 5, 2013

Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8!



Buat yang terlepas menonton Maharaja Lawak Mega 2012 di sini disediakan video youtube..enjoy!





Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Shiro Part 1

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Shiro Part 7

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 SayWho Part 2
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 SayWho Part 8

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Boboi Part 3
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Boboi Part 9

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 R2 Part 4
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 R2 Part 10

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jambu Part 5
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jambu Part 11

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jozan Part 6
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jozan Part 12
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...