Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts
Tuesday, February 3, 2015
Tuesday, January 8, 2013
NVIDIA SHIELD : SISTEM PERMAINAN KOMPUTER MUDAH ALIH ANDROID (15 GAMBAR)
Kami tak berapa suka bermain game menggunakan peranti Android kami. Ini adalah kerana bermain game menggunakan skrin sesentuh adalah tidak semudah menggunakan controller. NVidia menyedari masalah ini dan mereka menghasilkan NVidia Shield, sistem permainan komputer mudah alih yang diperkasakan dengan sistem operasi Android. Ia diperkasakan dengan pemproses Tegra 4 dan boleh disambungkan terus ke sebuah HDTV jika anda mahu. Sebuah skrin sesentuh 5 inci juga turut disertakan dengan resolusi 720P. Selain itu ia menyokong kemampuan streaming permainan PC secara terus ke skrin kecilnya jika anda mempunyai kad grafik Geforce 650 ke atas. Ini adalah sangat winning.
Labels:
Gadget
Monday, January 7, 2013
Konsep Telefon Pintar Ubuntu
Android dan Ios adalah raja os atau pon operation system bagi telefon pintar pada masa sekarang..siapa sangka Ubuntu mampu menghasilkan telefon pintar mereka sendiri..dan semua ini akan terjawab pada CES 2013 bermula pada esok hari 8 Januari 2013..di sini aku sediakan gambar konsep telefon pintar Ubuntu ini..

Labels:
Gadget
5 Pilihan Telefon Pintar pada Tahun 2013
Tahun 2012 kita dah tengok bermacam macam jenis telefon pintar dan entry kali ni aku nak cerita sket antara peranti yang dinanti nantikan pada tahun 2013..
1. Samsung Galaxy S4 (konsep)
Memori : ?GB | ?GB
Paparan : ?x? pixel | ? inci
Kamera : ?MP | ?MP
2. Galaxy Note 3 (konsep)
Sistem Operasi : Android ?
Memori : ?GB | ?GB
Paparan : ?x? pixel | ? inci
Kamera : ?MP | ?MP
3. Motorola Electrify M XT905
Memori : 8GB | 1GB
Paparan : 540×960 pixel | 4.3 inci
Kamera : 8MP | VGA
4. HTC Droid DNA
Sistem Operasi : Android 4.1 Jelly Bean with HTC sense
Memori : 16GB | 2GB
Paparan : 1080×1920 pixel | 5.0 inci
Kamera : 8MP | 2.1MP
5. Samsung Galaxy Premier
Sistem Operasi : Android 4.1 Jelly Bean
Memori : 8GB | 1gb
Paparan : 720×1280 pixel | 4.65 inci
Kamera : 8MP | 1.9MP
Artikel asal
Labels:
Gadget
Sunday, January 6, 2013
Gadget Popular Sepanjang 2012
Nokia Lumia 900
Dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Menerusi model telefon pintar Lumia 900, kemunculan telefon mudah alih terkini Nokia Inc di pasaran mampu menyaingi produk Apple iPhone dan Samsung Galaxy. Lumia 900, yang beroperasi menerusi sistem Windows Phone 7.5 diperkenalkan pada paparan 4.3 inci dengan disokong ciri teknologi skrin sesentuh AMOLED 800 x 480 skrin.
iPhone 5
Model telefon pintar paling nipis dan ringan pernah dihasilkan ini direka bentuk semula sepenuhnya untuk menampilkan paparan Retina sepanjang empat inci. Ia dilengkapkan dengan cip A6 Apple untuk prestasi lebih pantas dengan jangka hayat bateri di pertingkatkan. Peralatan itu dilengkapi iOS6, sistem operasi mudah alih tercanggih dengan 200 ciri-ciri baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.

Samsung Galaxy SII
Samsung menjadi pembuat telefon pintar utama dunia tahunan selepas merekodkan jualan kukuh melalui barisan Galaxy dan edisi Galaxy S II telah diperkenalkan akhir April lalu. Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan berjaya menjual lebih 40 juta unit telefon pintar Galaxy sejak model itu diperkenalkan pada Jun 2010.
Galaxy Note II
Galaxy Note II yang dikuasakan dengan perisian Android Google, dilengkapi dengan prosesor empat teras 1.6 GHz yang berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak yang lebih pantas berbanding prosesor sebelum ini. Berukuran 15.1 sentimeter x 8 sentimeter x 9.4 milimeter dan menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak. Gajet ini adalah lebih besar daripada telefon pintar siri Galaxy S yang didatangkan dengan ‘pen S’ bagi menulis nota atau melukis pada skrin.
Kindle Fire
Kindle Fire adalah kemasukan terbaru siri tablet yang memberikan pengalaman yang menarik dari spektrum tablet Amazon. Sejak dilancarkan, Amazon telah membawa pasaran Kindle Fire HD, melalui paparan-resolusi tinggi, tambahan audio, pelbagai saiz model dan aplikasi menarik.
Nexus 7
Tablet Nexus 7 tablet, tablet Android berkuasa yang ditawarkan oleh Google, adalah salah satu penambahan tablet dalam pasaran. Ia diterima agak baik diterima terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Setakat ini ramai yang menantikan kehadiran Nexus 7 kerana ia dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat luar biasa.
Samsung Galaxy S3
Telefon pintar yang didatangkan dengan paparan skrin 4.8 inci super AMOLED ini dibekal dengan kekuatan dari mobile processor yang dikembangkan sendiri Samsung, quad-core Exynos 1,4GHz.
Bukan hanya dari sisi prosesor saja, rekaan telefon pintar terbaru Samsung ini pun patut dipuji kerana rekaannya sangat menepati kehendak pengguna. Mempunyai ketebalan 8.6 milimeter dan berat sekitar 133 gram, Samsung Galaxy S3 hadir dengan warna warna putih dan biru. Pilihan untuk golongan bekerja kerana ia mempunyai akses yang lengkap untuk semua.
iPad mini
Sejak diperkenalkan, rangkaian keluarga iPad muncul dalam saiz paparan 9.7 inci saja dan menyedari keperluan pengguna ketika ini yang mementingkan keselesaan dengan mudah, iPad Mini didatangkan dengan saiz lebih kompak 7.9 inci. Menariknya, ia dijual dengan harga yang murah berbanding dengan iPad lain. Tidak mustahil jika ia terus menjadi pilihan kerana harga dan saiznya yang kompak.
iPad 3
Walaupun kemunculan iPad 4 sudah diumumkan, dan dilancarkan pada November lalu, iPad 3 masih mendapat permintaan tinggi sebagai paling dicari untuk alat berteknologi di seluruh dunia pada tahun 2012, menurut Google. Ini bukanlah lagi kejutan, kerana ia adalah tablet pertama membawa paparan kualiti visual Retina untuk tablet. Tidak mustahil jika ia menjadi pilihan semua sebagai gajet paling dicari dan popular 2012.
Sumber: Berita Harian
Labels:
Gadget
Karma? Apple didenda 1 juta yuan
Shanghai: Sebuah mahkamah China mendenda Apple Inc sebanyak 1 juta yuan (RM490,000) kerana menggunakan aplikasi pihak ketiga di App Store yang menjual buku elektronik cetak rompak, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Apple dikehendaki membayar pampasan kepada lapan penulis di China dan dua syarikat kerana melanggar hak cipta mereka, demikian putus mahkamah itu, kedua tertinggi di Beijing Khamis lalu. Awal tahun ini, sekumpulan pengarang China memfailkan saman terhadap Apple, mendakwa sejumlah aplikasi di App Store yang tidak dikenal pasti jumlahnya menjual salinan tidak berlesen buku-buku mereka.
Sekumpulan lapan penulis berkenaan telah menuntut 10 juta yuan sebagai ganti rugi. “Kami kecewa dengan penghakiman itu. Sesetengah hasil karya terlaris penulis kami hanya mendapat bayaran 7,000 yuan. Penghakiman itu adalah isyarat yang menggalakkan lagi cetak rompak," kata Bei Zhicheng yang menjadi jurucakap bagi kumpulan itu. Sementara itu, Apple dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian ‘sangat serius’ berhubung aduan pelanggaran hak cipta.
“Kami sentiasa mengemaskini perkhidmatan untuk membantu pemilik kandungan melindungi hak mereka dengan lebih baik," kata jurucakap Apple, Carolyn Wu. China mempunyai pasaran internet mudah alih terbesar dunia dari segi bilangan pengguna, tetapi cetak rompak menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun kepada syarikat perisian. Apple, yang produknya menikmati populariti yang besar di China, berdepan rentetan tindakan undang-undang yang ‘memeningkan kepala’ tahun ini. Julai lalu, Apple membayar 60 juta yuan kepada firma Cina, Proview Technology untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang lama berlarutan berhubung cap dagangan iPad di China. - Reuters
Sumber: Berita Harian
Labels:
Gadget
Angry Birds, Instagram, Facebook aplikasi 2012
“2012 adalah titik transformasi mengenai kaedah penggunaan memanfaatkan perisian,” kata Craig Palli, Naib Presiden Fiksu, syarikat pemasaran mudah alih. Beliau berkata, perubahan terbesar adalah kecenderungan pengguna beralih kepada aplikasi bagi pelbagai tugasan harian. Kategori seperti rangkaian sosial, media dan hiburan, penggubahan gambar, dan permainan, terus menarik minat pengguna, dengan Youtube dan Angry Birds menjadi aplikasi tiga paling utama, masing -masing bagi kategori percuma dan berbayar dalam App Store Apple. Sementara itu, beberapa aplikasi dilancarkan tahun ini, menyertai kedudukan aplikasi yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun itu.
Artikel Penuh: Berita Harian
Labels:
Gadget
Wednesday, January 2, 2013
Tiada had Rebat Telefon Pintar..baru osem
Tiada had harga pembelian telefon pintar menggunakan rebat RM200 KUALA LUMPUR 2 Jan. – Jemaah Menteri telah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan di sini memaklumkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini. – BERNAMA
Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130102/dn_33/Tiada-had-harga-pembelian-telefon-pintar-menggunakan-rebat-RM200#ixzz2GpZ2AOwt
Monday, December 24, 2012
Gadget Bantu Elak Kemalangan
Speed Limit Indication (SLI)
Mengesan papan tanda had laju kebangsaan secara masa nyata dan memberi amaran jika kenderaan anda memecut melebihi had laju terbabit sekali gus mengelakkan saman had laju. Ciri ini boleh diaktifkan dan dimatikan mengikut kehendak pemandu. Pengguna pada bila-bila masa boleh melaras atau menutup kesemua tahap amaran audio kecuali pada ciri penting kritikal iaitu FCW dan UFCW yang akan mengekalkan tahap amaran audio pada tahap standard. Menariknya sistem canggih seumpama ini sudah mula dipasang sebagai alatan standard wajib pada kebanyakan kenderaan Jepun, Eropah dan Amerika seperti Volvo, Audi, BMW dan Honda bagi membantu mengesan perlanggaran awal yang sudah semestinya dapat mengurangkan risiko kemalangan. Bagi yang mementingkan keselamatan, alat aksesori kenderaan wajib ini boleh dipasang pada mana-mana model kenderaan sama ada kereta, bas, lori, kren dan mana-mana kenderaan berat dengan masa pemasangan di antara satu hingga dua jam bergantung pada model kenderaan anda. Harga permulaan termasuk caj pemasangan di Semenanjung Malaysia ialah RM2,600 dengan setahun jaminan dan boleh didapati di Eltek Solution KL dan cawangannya di Kota Bharu.
Maklumat lanjut: www.eltek.com.my dan www.facebook.com/elteksolutions
Posto Terbaik
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/cuti-yang-mengghairahkan.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/gambar-gambar-pelik.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kenapa-hitler-tidak-tenang.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/gambar-gambar-lucu-fans-epl.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/koleksi-funny-memes.html
Labels:
Gadget
Besar dan Tahan Lama
p/s: laju je kan bile tgok besar dan tahan lama.hahah
Posto Terbaik
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kenanganku-di-stamford-bridge.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kenanganku-di-stamford-bridge.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kuasa-choki-ckoki.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kami-ade-howard-webb.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/cara-mudah-dapat-backlinks.html
Labels:
Gadget
Sunday, December 23, 2012
PENGGUNA SMARTPHONE DI MALAYSIA DIANCAM HACKERS!
Kuala Lumpur: Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen untuk menipu bagi mendapatkan wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar, menjadikan pengguna gajet berkenaan sasaran mudah. “Modus operandi antaranya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali SMS Trojan kepada pengguna yang tanpa disedari, kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas SMS berkenaan. Pengguna hanya sedar perkara itu apabila menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya,” katanya. Katanya, penipuan juga dikesan menerusi aplikasi terdapat dalam peranti (telefon bimbit) seperti aplikasi Type-On yang sekiranya dimuat turun, akan menyebabkan pengguna menanggung kos kononnya dikenakan selepas memuat turun aplikasi terbabit walaupun mangsa sudah menghentikan penggunaannya. Lookout Mobile Security menganggarkan pengguna di seluruh dunia mengalami kerugian jutaan dolar tahun lalu melalui virus malware dan toll fraud yang menyerang pengguna telefon pintar kerana mendapatkan aplikasi dari sumber tidak rasmi berbanding sumber dipercayai seperti Apple atau Google online shops. Syed Ismail berkata, berdasarkan statistik polis, kerugian direkodkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini bagi jenayah siber menggunakan modus operandi melalui SMS atau panggilan telefon, perbankan internet atau perbankan telefon, penggodaman dan salah guna rangkaian termasuk belian barangan, adalah kira-kira RM21.8 juta. Katanya, kes belian barangan melalui internet mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM14.5 juta membabitkan 1,298 kes, diikuti SMS atau panggilan telefon sebanyak RM3.4 juta (412 kes), RM3.3 juta (24 kes penggodaman), perbankan internet atau perbankan telefon sebanyak RM590,000 (74 kes). “Bagaimanapun, kes salah guna rangkaian tidak merekodkan sebarang kerugian harta benda, lebih kepada jenayah peras ugut terhadap mangsa seperti menggunakan gambar dan kata-kata mengugut yang mewakili 25 kes,” katanya sambil menambah pengguna internet mudah alih di Malaysia pula mencecah 7.7 juta orang. Katanya, polis akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan bekerjasama rapat dengan agensi itu. Beliau berkata, berdasarkan laporan, pengguna yang mendapati bil telefon mereka melambung tinggi tanpa sebab munasabah, hanya akan melaporkan kepada syarikat telekomunikasi sekadar untuk membuat aduan dan mendapatkan penjelasan mengenainya, tetapi tiada tindakan susulan.
sumber: http://nadicosmic.blogspot.com
Posto Terbaik
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/cara-buat-brilliant-button_11.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kenangan-di-uitm.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/seru-idea.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/perbezaan-antara-kita.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kekhinziran.html
Subscribe to:
Comments (Atom)









