Speed Limit Indication (SLI)
Mengesan papan tanda had laju kebangsaan secara masa nyata dan memberi amaran jika kenderaan anda memecut melebihi had laju terbabit sekali gus mengelakkan saman had laju. Ciri ini boleh diaktifkan dan dimatikan mengikut kehendak pemandu. Pengguna pada bila-bila masa boleh melaras atau menutup kesemua tahap amaran audio kecuali pada ciri penting kritikal iaitu FCW dan UFCW yang akan mengekalkan tahap amaran audio pada tahap standard. Menariknya sistem canggih seumpama ini sudah mula dipasang sebagai alatan standard wajib pada kebanyakan kenderaan Jepun, Eropah dan Amerika seperti Volvo, Audi, BMW dan Honda bagi membantu mengesan perlanggaran awal yang sudah semestinya dapat mengurangkan risiko kemalangan. Bagi yang mementingkan keselamatan, alat aksesori kenderaan wajib ini boleh dipasang pada mana-mana model kenderaan sama ada kereta, bas, lori, kren dan mana-mana kenderaan berat dengan masa pemasangan di antara satu hingga dua jam bergantung pada model kenderaan anda. Harga permulaan termasuk caj pemasangan di Semenanjung Malaysia ialah RM2,600 dengan setahun jaminan dan boleh didapati di Eltek Solution KL dan cawangannya di Kota Bharu.
Maklumat lanjut: www.eltek.com.my dan www.facebook.com/elteksolutions
Posto Terbaik
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/cuti-yang-mengghairahkan.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/gambar-gambar-pelik.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kenapa-hitler-tidak-tenang.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/gambar-gambar-lucu-fans-epl.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/koleksi-funny-memes.html