Monday, December 24, 2012

Raja Gopal vs Ong Kim Swee


Kuala Lumpur: Kerjasama antara dua jurulatih terbaik negara - Datuk K Rajagobal dan Ong Kim Swee - dilihat sebagai jalan terbaik untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap menjelang kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan. Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Rajagobal mempunyai tempoh genap sebulan selepas sepak mula Liga Malaysia pada 5 Januari ini untuk menilai barisan pemain terbaik negara sebelum memulakan kempen kelayakan bertemu Qatar di Doha pada 6 Februari. Tempoh itu dilihat cukup singkat berbanding dua tahun yang dimiliki pengendali itu ketika mempersiapkan skuad terbaiknya dalam kempen Piala Suzuki AFF tahun ini yang menyaksikan skuad negara disingkir Thailand pada aksi separuh akhir. Namun Rajagobal boleh bergabung dengan Kim Swee dalam soal memilih pemain di mana pengendali Harimau Muda itu terbukti lebih mengenali anak buahnya serta pemain muda lain dalam liga. Malah, masalah mendapatkan perlawanan persahabatan berkualiti juga mampu diselesaikan Rajagobal memandangkan Harimau Muda A ketika ini berada pada tahap kecergasan terbaik sejak kembali berkumpul 3 Disember lalu. “Keputusan ujian kecergasan dan kepantasan yang dilakukan dua hari lepas bersama Institut Sukan Negara (ISN) menunjukkan pemain berada dalam tahap yang memuaskan,” kata Kim Swee dalam laman Twitter rasmi Harimau Muda, @OKS_HARIMAUMUDA semalam. Perlawanan persahabatan antara dua pasukan terbaik di bawah bumbung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu bukan saja mampu meningkatkan prestasi kedua-dua skuad negara itu, tetapi turut mampu menyembunyikan kekuatan barisan pemain kebangsaan daripada pihak lawan. Rajagobal juga bukan sekadar mampu menilai pemain pilihannya, tetapi pada masa sama melihat pemain Harimau Muda lain yang layak diberi peluang berlatih pada peringkat lebih tinggi bersama Harimau Malaya.


Posto  Terbaik

http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/jenis-jenis-blogger-yg-ak-jumpa.html

http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/pengalaman-berblog.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/kenali-forever-alone.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/bapak-yang-memahami.html
http://blogyangkosong.blogspot.com/2012/12/seni-itu-buta.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...