Monday, January 14, 2013

Oh My English!!!

Sesungguh nye aku memang tak pandai tulis tajuk entry..terima jelah..haha.
nak diceritakan ni lah pengalaman mase bersekolah dlu..










Saturday, January 12, 2013

Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9!




Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Saywho Part 1
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Saywho Part 2

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Jozan Part 1
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Jozan Part 2

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Shiro Part 1
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Shiro Part 2

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Boboi Part 1
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Boboi Part 2

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Jambu Part 1
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 Jambu Part 2


Friday, January 11, 2013

ZyraRoxx's Blogbuster


Gua nak ajak lu orang follow segmen ZyraRoxx's Blogbuster nih..kenapa gua ckp macam gengster?ni semua sbb blog ZyraRoxx's nih..tiba2 gua nak ckp macam gengster..haha

Apa lagi jom kita semua join segment gengster nih..

10 Orang Terawal Mendaftar Facebook




1. Mark Zuckerberg

Takkan tak kenal? Dia merupakan founder Facebook yang petama daftar website nih. mestilah dia kan.. Dengan nombor id 4










2. Chris Hughes

Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard. Selain menjadi co-founder facebook, Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.. Nombor id nya ialah 5





3. Dustin Moskovitz

Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard. Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$. Forbes menyatakan dia merupakan millionanre termuda di dunia.. Nombor id nya ialah 6



4. Arie Hasit

Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg, ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard. Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai juru bicara angkatan bersenjata Israel.. Nombor id nya ialah 7 (sekadar informasi)





5. Marcel Georg├ęs Laverdet II

(Aku tatau sangat pasal mamat nih) skit jer maklumat mengenai mamat nie. Dia bekerja di Facebook.. Nombor id nya ialah 10
















6. Soleio Soleio

merupakan pegawai teknikal di Facebook. Antara tugasnya adalah memastikan segala operasi berjalan lancar. Nombor id nya ialah 11















7. Chris Putnam

Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook. tu jer ok.. Nombor id nya ialah 13










8. Andrew McCollum

Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi pereka design grafik pertama Facebook. Dialah yang mencipta logo facebook untuk pertama kalinya.. Nombor id nya ialah 26










9. Colin Kelly

Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg juga. Kebanyakan pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya Facebook itu sendiri dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard. Nombor id nya ialah 27











10. Mark Kaganovich
Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network seperti Facebook, tetapi dikhususkan untuk para ilmuan sahaja.. Nombor idnya ialah 28








Artikel asal
Thursday, January 10, 2013

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2013

Permohonan Kolej Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2013 secara online telah dibuka pada 24 September 2012 dan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.




Pelajar tingkatan tiga (3) yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung belajar tingkatan empat (4) di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan secara online sekarang.


Syarat Umum
> Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
> Pemohon hendaklah:

  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012. 
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012. 

> Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. 
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali. 

> Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Syarat Khusus
> Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
> Pendidikan Vokasional

  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup. 
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup. 
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
> Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR Keputusan Permohonan 


Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.


Pertanyaan & Maklumat http://www.moe.gov.my/
Tuesday, January 8, 2013

Tips Berblogging


Sebenarnya entry kali ni lebih kepada rasa berterima kasih aku kepada pembaca bukan lah nk bagi tips berblogging ke ape..isi blog aku nih lebih kepada gadget dan info bukan nya personal..


Gambar atas ni bukan la aku menunujuk ke ape..cuma ak hargai setiap orang yang komen blog aku nih..yelah blog aku nih bukanlah femes cam silenceblogz..so, kepada saudara fazrul izzad terima kasih ye sbb komen kat blog aku..


aku tak kenal pon owner blog tu.haha..baru google td



NVIDIA SHIELD : SISTEM PERMAINAN KOMPUTER MUDAH ALIH ANDROID (15 GAMBAR)

Kami tak berapa suka bermain game menggunakan peranti Android kami. Ini adalah kerana bermain game menggunakan skrin sesentuh adalah tidak semudah menggunakan controller. NVidia menyedari masalah ini dan mereka menghasilkan NVidia Shield, sistem permainan komputer mudah alih yang diperkasakan dengan sistem operasi Android. Ia diperkasakan dengan pemproses Tegra 4 dan boleh disambungkan terus ke sebuah HDTV jika anda mahu. Sebuah skrin sesentuh 5 inci juga turut disertakan dengan resolusi 720P. Selain itu ia menyokong kemampuan streaming permainan PC secara terus ke skrin kecilnya jika anda mempunyai kad grafik Geforce 650 ke atas. Ini adalah sangat winning.









CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013



jom ramai2 support contest Blog Paling Cantik 2013..contest yg di host kan oleh cik atiey ni..klik kat cik atiey untuk ke link entry contest tersebut..first time beb join contest.haha..hadiah pon boleh tahan..jom2

*penyertaan kurang dari 100 contest terbatal..jom la support

Monday, January 7, 2013

Konsep Telefon Pintar Ubuntu


Android dan Ios adalah raja os atau pon operation system bagi telefon pintar pada masa sekarang..siapa sangka Ubuntu mampu menghasilkan telefon pintar mereka sendiri..dan semua ini akan terjawab pada CES 2013 bermula pada esok hari 8 Januari 2013..di sini aku sediakan gambar konsep telefon pintar Ubuntu ini..






5 Pilihan Telefon Pintar pada Tahun 2013


Tahun 2012 kita dah tengok bermacam macam jenis telefon pintar dan entry kali ni aku nak cerita sket antara peranti yang dinanti nantikan pada tahun 2013..

1. Samsung Galaxy S4 (konsep)




Sistem Operasi : Android ?
Memori : ?GB | ?GB
Paparan : ?x? pixel | ? inci
Kamera : ?MP | ?MP



2. Galaxy Note 3 (konsep)




Sistem Operasi : Android ?
Memori : ?GB | ?GB
Paparan : ?x? pixel | ? inci
Kamera : ?MP | ?MP



3. Motorola Electrify M XT905



Sistem Operasi : Android v4.0.4 Ice Cream Sandwich
Memori : 8GB | 1GB
Paparan : 540×960 pixel | 4.3 inci
Kamera : 8MP | VGA


4. HTC Droid DNA



Sistem Operasi : Android 4.1 Jelly Bean with HTC sense
Memori : 16GB | 2GB
Paparan : 1080×1920 pixel | 5.0 inci
Kamera : 8MP | 2.1MP


5. Samsung Galaxy Premier


Sistem Operasi : Android 4.1 Jelly Bean
Memori : 8GB | 1gb
Paparan : 720×1280 pixel | 4.65 inci
Kamera : 8MP | 1.9MP


Artikel asal

Awas !! Ribut Tropikal Sonamu Bakal Melanda Malaysia Selasa 8 Jan !!




Ribut Tropika SONAMU akan melanda MALAYSIA terutama PANTAI TIMUR... Ia dijangka pada 8 JAN (SELASA)... Berikut amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya.



Nasihat Ribut Tropika. Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam. 
Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Berikut pula LINK daripada NASA : rujuk sini



Sekitar Pertunjukkan Fesyen Kondom Di Melaka Megamall (6 Gambar)













Tutorial Remove Header


Serius aku cakap tak pandai nak buat tutorial ni..aku pon menjelajah blog orang untuk cari tutorial..buat pertama kali nya aku buat post pasal tutorial blog..tutorial ni aku nak ajar cara untuk remove header..bagi aku header tu penting kot bagi sesetengah blog..mcm blogyangkosong ni aku tak letak header pon..nanti2 la aku buat..dah2 aku dah merepek banyak nih..haha


Step 1: Pergi Dashbord > Design > Edit HTML

Step 2: Download Full Template dulu sebab takut tak jadik kan..nanti ada yang nangis template rosak eheh

Step 3: Check Expand Widget Templates

Step 4: Tekan CTRL+F serentak, kemudian cari code macam dekat bawah neh

/* Variable definitions

Step 5: Dah jumpa, copy code dekat bawah neh, dan pastekan SEBELUM code dalam step 4

  #navbar-iframe {

display: none !important;
    }


Dah...kalau jadik korg komen2 la sket kalau tak jadi leh tnye ea..





Sunday, January 6, 2013

Gadget Popular Sepanjang 2012




Nokia Lumia 900 
Dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Menerusi model telefon pintar Lumia 900, kemunculan telefon mudah alih terkini Nokia Inc di pasaran mampu menyaingi produk Apple iPhone dan Samsung Galaxy. Lumia 900, yang beroperasi menerusi sistem Windows Phone 7.5 diperkenalkan pada paparan 4.3 inci dengan disokong ciri teknologi skrin sesentuh AMOLED 800 x 480 skrin.



iPhone 5
Model telefon pintar paling nipis dan ringan pernah dihasilkan ini direka bentuk semula sepenuhnya untuk menampilkan paparan Retina sepanjang empat inci. Ia dilengkapkan dengan cip A6 Apple untuk prestasi lebih pantas dengan jangka hayat bateri di pertingkatkan. Peralatan itu dilengkapi iOS6, sistem operasi mudah alih tercanggih dengan 200 ciri-ciri baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.






Samsung Galaxy SII
Samsung menjadi pembuat telefon pintar utama dunia tahunan selepas merekodkan jualan kukuh melalui barisan Galaxy dan edisi Galaxy S II telah diperkenalkan akhir April lalu. Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan berjaya menjual lebih 40 juta unit telefon pintar Galaxy sejak model itu diperkenalkan pada Jun 2010.






Galaxy Note II 
Galaxy Note II yang dikuasakan dengan perisian Android Google, dilengkapi dengan prosesor empat teras 1.6 GHz yang berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak yang lebih pantas berbanding prosesor sebelum ini. Berukuran 15.1 sentimeter x 8 sentimeter x 9.4 milimeter dan menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak. Gajet ini adalah lebih besar daripada telefon pintar siri Galaxy S yang didatangkan dengan ‘pen S’ bagi menulis nota atau melukis pada skrin.


Kindle Fire
Kindle Fire adalah kemasukan terbaru siri tablet yang memberikan pengalaman yang menarik dari spektrum tablet Amazon. Sejak dilancarkan, Amazon telah membawa pasaran Kindle Fire HD, melalui paparan-resolusi tinggi, tambahan audio, pelbagai saiz model dan aplikasi menarik.


Nexus 7
Tablet Nexus 7 tablet, tablet Android berkuasa yang ditawarkan oleh Google, adalah salah satu penambahan tablet dalam pasaran. Ia diterima agak baik diterima terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Setakat ini ramai yang menantikan kehadiran Nexus 7 kerana ia dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat luar biasa.




Samsung Galaxy S3
Telefon pintar yang didatangkan dengan paparan skrin 4.8 inci super AMOLED ini dibekal dengan kekuatan dari mobile processor yang dikembangkan sendiri Samsung, quad-core Exynos 1,4GHz.

Bukan hanya dari sisi prosesor saja, rekaan telefon pintar terbaru Samsung ini pun patut dipuji kerana rekaannya sangat menepati kehendak pengguna. Mempunyai ketebalan 8.6 milimeter dan berat sekitar 133 gram, Samsung Galaxy S3 hadir dengan warna warna putih dan biru. Pilihan untuk golongan bekerja kerana ia mempunyai akses yang lengkap untuk semua.


iPad mini
Sejak diperkenalkan, rangkaian keluarga iPad muncul dalam saiz paparan 9.7 inci saja dan menyedari keperluan pengguna ketika ini yang mementingkan keselesaan dengan mudah, iPad Mini didatangkan dengan saiz lebih kompak 7.9 inci. Menariknya, ia dijual dengan harga yang murah berbanding dengan iPad lain. Tidak mustahil jika ia terus menjadi pilihan kerana harga dan saiznya yang kompak.


iPad 3
Walaupun kemunculan iPad 4 sudah diumumkan, dan dilancarkan pada November lalu, iPad 3 masih mendapat permintaan tinggi sebagai paling dicari untuk alat berteknologi di seluruh dunia pada tahun 2012, menurut Google. Ini bukanlah lagi kejutan, kerana ia adalah tablet pertama membawa paparan kualiti visual Retina untuk tablet. Tidak mustahil jika ia menjadi pilihan semua sebagai gajet paling dicari dan popular 2012.

Sumber: Berita Harian


Karma? Apple didenda 1 juta yuan







  Shanghai: Sebuah mahkamah China mendenda Apple Inc sebanyak 1 juta yuan (RM490,000) kerana menggunakan aplikasi pihak ketiga di App Store yang menjual buku elektronik cetak rompak, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Apple dikehendaki membayar pampasan kepada lapan penulis di China dan dua syarikat kerana melanggar hak cipta mereka, demikian putus mahkamah itu, kedua tertinggi di Beijing Khamis lalu. Awal tahun ini, sekumpulan pengarang China memfailkan saman terhadap Apple, mendakwa sejumlah aplikasi di App Store yang tidak dikenal pasti jumlahnya menjual salinan tidak berlesen buku-buku mereka.

  Sekumpulan lapan penulis berkenaan telah menuntut 10 juta yuan sebagai ganti rugi. “Kami kecewa dengan penghakiman itu. Sesetengah hasil karya terlaris penulis kami hanya mendapat bayaran 7,000 yuan. Penghakiman itu adalah isyarat yang menggalakkan lagi cetak rompak," kata Bei Zhicheng yang menjadi jurucakap bagi kumpulan itu. Sementara itu, Apple dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian ‘sangat serius’ berhubung aduan pelanggaran hak cipta.

 “Kami sentiasa mengemaskini perkhidmatan untuk membantu pemilik kandungan melindungi hak mereka dengan lebih baik," kata jurucakap Apple, Carolyn Wu. China mempunyai pasaran internet mudah alih terbesar dunia dari segi bilangan pengguna, tetapi cetak rompak menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun kepada syarikat perisian. Apple, yang produknya menikmati populariti yang besar di China, berdepan rentetan tindakan undang-undang yang ‘memeningkan kepala’ tahun ini. Julai lalu, Apple membayar 60 juta yuan kepada firma Cina, Proview Technology untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang lama berlarutan berhubung cap dagangan iPad di China. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Angry Birds, Instagram, Facebook aplikasi 2012




  Toronto: Angry Birds, Instagram dan Facebook kekal menjadi aplikasi yang mencatatkan jumlah muat turun paling tinggi pada 2012. Namun begitu, beberapa aplikasi baru lain turut menarik perhatian pengguna telefon pintar dan komputer tablet. Tahun lalu, secara purata setiap pengguna menghabiskan dua jam sehari menggunakan aplikasi mudah alih, yang mana ia naik 35 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut firma penganalisis, Flurry.

“2012 adalah titik transformasi mengenai kaedah penggunaan memanfaatkan perisian,” kata Craig Palli, Naib Presiden Fiksu, syarikat pemasaran mudah alih. Beliau berkata, perubahan terbesar adalah kecenderungan pengguna beralih kepada aplikasi bagi pelbagai tugasan harian. Kategori seperti rangkaian sosial, media dan hiburan, penggubahan gambar, dan permainan, terus menarik minat pengguna, dengan Youtube dan Angry Birds menjadi aplikasi tiga paling utama, masing -masing bagi kategori percuma dan berbayar dalam App Store Apple. Sementara itu, beberapa aplikasi dilancarkan tahun ini, menyertai kedudukan aplikasi yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun itu.

Artikel Penuh: Berita Harian


Senarai Lagu Final Anugerah Juara Lagu 27





1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )

korg vote lagu mane??



Saturday, January 5, 2013

Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8!



Buat yang terlepas menonton Maharaja Lawak Mega 2012 di sini disediakan video youtube..enjoy!





Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Shiro Part 1

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Shiro Part 7

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 SayWho Part 2
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 SayWho Part 8

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Boboi Part 3
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Boboi Part 9

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 R2 Part 4
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 R2 Part 10

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jambu Part 5
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jambu Part 11

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jozan Part 6
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jozan Part 12
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...