Thursday, January 10, 2013

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2013

Permohonan Kolej Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2013 secara online telah dibuka pada 24 September 2012 dan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.




Pelajar tingkatan tiga (3) yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung belajar tingkatan empat (4) di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan secara online sekarang.


Syarat Umum
> Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
> Pemohon hendaklah:

  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012. 
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012. 

> Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. 
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali. 

> Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Syarat Khusus
> Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
> Pendidikan Vokasional

  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup. 
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup. 
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
> Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR Keputusan Permohonan 


Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.


Pertanyaan & Maklumat http://www.moe.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...